Sejak
kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan
atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun
ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber,
telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat
keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan
mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan.
Perkembangan
utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan diambil tindakan
oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut :
- Kawalan telekomunikasi tanpa pergantungan kepada
pihak lain. Telekomunikasi
adalah asas kepada pembentukan
Masyarakat Informasi. Banyak maklumat perlu
diagihkan dengan betul dan teratur.
- Bergerak ke arah dunia "digital"
sepenuhnya. Perubahan dari dunia "analog" ke
dunia "digital" memberikan
banyak kelebihan.
- Penyatuan segala maklumat/kepintaran.