Terdapat
beberapa kelebihan pada GPRS yang menyebabkannya menjadi cepat popular di
kalangan pengguna Internet tanpa wayar.
1.
Kelajuan
Secara teorinya teknologi GPRS ini boleh mencapai
kelajuan maksimum sehingga 171.2 Kbps menggunakan kelapan-lapan slot masa pada
masa yang sama. Kelajuan penghantaran data bagi teknologi jauh mendahului kaedah penghantaran data
secara wayarles yang lain seperti CDMA (11 hingga 12 Kbps) dan WAP yang
menggunakan GSM (9.6 Kbps). Dengan membenarkan data dihantar lebih pantas, ia
boleh mengurangkan kos servis penghantaran data jika dibandingkan dengan SMS
dan Circuit Switched Data.
2.
Penyambungan serta-merta.
GPRS
menyediakan penyambungan Internet serta-merta tanpa henti selama 24 jam sehari. Berbanding teknologi WAP yang
menyediakan maklumat terhad kepada pelanggan, GPRS dikatakan mampu memindahkan
data, gambar serta grafik pada kapasiti yang lebih besar.
3.
Aplikasi baru yang lebih baik
Beberapa
aplikasi baru yang sudah semestinya menyediakan perkhidmatan lebih baik telah
dibangunkan dengan mengkaji keterhadan yang wujud dalam GSM (kelajuan pada 9.6
kbps sahaja) serta panjang pesanan yang tidak boleh melebihi 160 karekter dalam
SMS. Dengan adanya aplikasi-aplikasi baru ini, hampir semua aplikasi yang
digunakan dalam PC kini boleh dilaksanakan dalam rangkaian telefon mobil. Ini
merangkumi aplikasi korporat dan aplikasi umum. Antara aplikasi yang dilaksanakan:-
·
Chat
Menyediakan
perkhidmatan yang sama seperti di Internet di mana sekumpulan pengguna boleh
berkomunikasi antara satu sama lain.
·
Maklumat berbentuk teks dan visual
Pengguna
boleh mendapatkan maklumat dari telefon mudahalih secara langsung samada senarai
harga saham, maklumat penerbangan, cuaca, berita terkini, peringatan solat
serta banyak lagi. Ia tidak semestinya dalam bentuk teks, boleh jadi juga dalam
bentuk peta, graf mahupun pelbagai maklumat visual lain.
·
Imej tetap
Pelbagai
imej tetap (statik) seperti foto, gambar, e-poskad, e-kad boleh dihantar dan
diterima menerusi telefon bimbit.
·
Imej bergerak
Dengan
teknologi yang berkembang pesat, industri wayarles mungkin berkembang dari
pesanan teks kepada ikon dan pesanan bergambar malahan pesanan bervideo dan
preview filem boleh dimuatturun ke telefon bimbit menggunakan cara data stream.
Ini boleh dilaksanakan kerana ciri-ciri yang ada pada GPRS.
·
Melayari laman web
Sebelum
ini, melayari laman web merupakan sesuatu yang tidak efisyen untuk dilaksanakan
melalui telefon bimbit kerana kelambatan proses memuatturun dan memuatnaik data
mengambil masa yang lama. Jika adapun hanya terhad dalam bentuk teks sahaja
kerana jika memuatturun gambar lebih lama, tetapi dengan adanya teknologi GPRS ini memungkinkan telefon
bimbit menjadi salah satu asset penting dalam perkembangan dunia Internet.
·
Email korporat
Setiap
pekerja perlu sentiasa berhubung dengan pejabat samada mereka berada di dalam
mahupun jauh menggunakan system email korporat syarikat mereka. Ini samada
menggunakan LAN, Microsoft Outlook, Lotus Notes dan sebagainya. Dengan adanya
GPRS ini maka urusan ini menjadi lebih mudah.
·
Email Internet
Ia
membolehkan pengguna Internet diingatkan sebaik sahaja ada email baru tiba
kerana dengan cara yang lama pengguna perlu mendail ke peti surat mereka dari
semasa ke semasa untuk mengetahui samada ada email baru atau tidak.
·
Kenalpasti lokasi kenderaaan
Global Positioning System (GPS)
merupakan rangkaian percuma yang disediakan oleh 24 satelit di bawah seliaan
Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Sesiapa sahaja yang memiliki alat
menerima (receiver) boleh mengetahui
kedudukan kenderaan mereka melalui satelit. Ini amat penting untuk mengesan
kenderaan yang dicuri atau disewa. SMS digunakan untuk menghantar maklumat
kedudukan kenderaaan seperti longitud, altitud dab bearing. Sebagai alternatif
GPRS boleh digunakan.
·
Akses ke rangkaian LAN
Bagi
pekerja yang berada jauh dari meja pejabat, mereka tetap perlu berhubung dengan
rangkaian LAN di pejabat mereka. Dengan adanya terminal mobil, mereka masih mampu akses ke rangkaian
dan mendapatkan email korporat mererkawalaupun tanpa laptop atau notebook.
·
Pemindahan fail
Data boleh
dipindahkan tanpa had saiz. Sumber maklumat ini boleh jadi salah satu daripada
method komunikasi Internet samada FTP, telnet, http mahupun Java. Oleh kerana
itu, sesebuah telefon itu perlu dilengkapi dengan teknologi GPRS.
·
Rumah pintar
Gabungan dari aplikasi automatik di rumah dan kawalan keselamatan dari
jauh (remote control). Secara
asasnya,kita boleh mengawasi rumah dari mana sahaja kita berada menggunakan
telefon mudah alih kita.
Setakat ini
teknologi GPRS ini telah diimplimentasikan di Amerika Syarikat oleh AT&T
Wireless. Di Malaysia sendiri, teknologi
GPRS sendiri masih dalam tempoh percubaan di mana ia cuba diaplikasikan dalam
perkhidmatan telefon mudahalih oleh syarikat telekomunikasi tempatan
seperti Maxis dan Celcom.